Rasai..seperti aku
12 Aug 2010 Leave a Comment
ku titip buih-buih kasih
ku simpul dan ku sulam menjadi cinta
cinta yang indah dan suci
sedang aku terlena
tanpa ku menyedari kau telah terluka
terpana aku
bertingkah soalan dimindaku
kerana aku merasai segalanya indah sekali
sedangkan apa yang kau rasai adalah sebaliknya
maafkan aku
tidak dapat meneka isi hatimmu
biarkan kau keseorangan di sana
tunggu aku sayang
jangan pernah kau berpaling dariku
akan ku kembali di sisimu
akan ku ubati luka hatimu
akan ku lerai segala yang tersimpul
agar kau tersenyum
dan merasai kasih ini
cinta ini
seperti aku
Advertisement